PENTERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA
Ke Arah Kesihatan Rakyat Yang Lebih Baik
My Portal
Login | Site map | 1 active visitor
MENU

Survey
Anda suka makan daging arnab?
54% Suka.
4% Mahal.
15% Payah dapat.
22% Kesian nak makan.
 Makan kalau tak tahu.
4% Tak suka.

Margin Article 1
You can put your more article on the left or right margin.


UTAMA
SELAMAT DATANG KE LAMAN PENTERNAKAN ARNAB DI MALAYSIA

 

Headline 1

This Headline can be remove if you want to. You can add any article as news or information to be shared by others.

Headline 2

This Headline can be remove if you want to. You can add any article as news or information to be shared by others.
Pengenalan
ArnabARNAB atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Di Indonesia, ia di panggil 'Kelinci'. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp.
 
Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.
 
Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.
 
Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.
 

>> Read more

Google Search
 
  


>>  Read more

Margin Article 2
More margin article here....

Copyright 2008. All Reserve VALINA RABBITRY AGRO FARM (VRAF)